Kepercayaan Alam Sekitar :
Kepercayaan kepada bencana alam
seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan
tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan,
bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan.
Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada penyembahan
roh nenek moyang :
Kepercayaan terhadap nenek
moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan
agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka
atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek
moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang
nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang
pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang
mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan
menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang
diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu,
anjing, manusia dan tawanan musuh.
Kepercayaan kepada Anak Syurga
:
Kepercayaan kepada anak syurga
adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan
menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan
rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara
bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk
mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa
dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia
di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut
menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha semasa
Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di
hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk
dari Sri Lanka.
Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti Chou
yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk
menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan
beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa
seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan
diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut
menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.
Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang
Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta.
Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia
tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri
daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.
Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao
dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara
sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran
ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
No comments:
Post a Comment