Sunday 29 April 2012

Kes Murtad Yang Semakin Teruk



Rasanya ramai yang dah tahu pasal kes murtad yang semakin berleluasa ni..Sekarang kes ni semakin hangat apabila Datuk Dr Hasan Mohd Ali menyokong tindakan Jais menyerbu gereja.Saya pun sokong dengan tindakan Datuk Hasan Ali ni.Memang gereja tu patut diserbu.Ada sesuatu yang tak betul dan agenda.Saya rasa gereja tu nak lakukan.Memberi makan kepada orang susah pada bulan Ramadhan dan diberi bible berbahasa Melayu.Memang bagi saya ini merupakan salah satu cara halus dakyah Kristian.
Sebenarnya kes murtad ni memang dah lama berlaku.Kes murtad ni dah lama kecoh sejak saya sekolah dulu.Saya dulu sekolah agama.Memang kes murtad ni memang banyak saya dengar.Cara mereka memang halus.Kalau dulu memang banyak menggunakan air holy water dan menggunakan lelaki untuk memancing gadis-gadis Islam ni.Mereka gunakan lelaki tu untuk berbaik dengan gadis Islam dan bila dah rapat mulakan mereka masukkan ideologi agama Kristian ni.Sekarang ni dieorng menggunakan cara yang lebih halus.Sogok dengan harta dan bantuan kepada orang yang susah.
Baru-baru ni kes di Negeri Sembilan rasanya seorang wanita yang menerima bantuan dari gereja.Bukan nak menyalahkan wanita tu 100% apa lagi wanita tu ada anak.Mungkin kita patut mempersoalkan kepimpinan Islam negara kita.Begitu gak dekat institusi kebajikan macam Baitulmal.Zakat?Adakah disalurkan di tempat yang betul.Adakah zakat tu diberikan pada orang yang betul-betul memerlukan.Bagaimana pulak pada umat Islam yang lari dari membayar zakat.Tu wajib tu.Bayar zakat ni tak macam income tax.Dikejar hingga lubang cacing kalau tak bayar.So,kita sebagai umat Islam kena la alert dengan tanggungjawab kita sebagai umat Islam.
Tapi saya tetap tak sokong dengan tindakan wanita tu menerima bantuan gereja tu.Memang pada mulanya ianya hanya sebagai bantuan.Akan datang kita tak tahu.Fitrah manusia mesti akan rasa terhutang budi bila diberi bantuan macam ni.Kalau iman tak kuat apa-apa pun boleh terjadi.Betul kata SB,”sudah tiada lagikah saudara seagama yang boleh diharapkan dan sanggupkah kita menggadai maruah agama Islam hanya kerana sedikit bantuan?…Jiran?Keluarga?Pihak surau?Pihak Masjid?..Rasanya kalau hubungan wanita ni dengan jiran dan masjid atau surau baik mungkin bantuan boleh dia terima.Memang saya tengok ada masjid dan surau ni seperti tidak hidup sangat.Tidak seperti sepatutnya peranan masjid dan surau.Tapi tak semua macam tu.
Yang saya sedih bila umat Islam sendiri setuju dengan tindakan wanita ni mengambil bantuan dari pihak gereja ni.Malah menghentam kembali bila ada yang tulis supaya wanita ni menguatkan keimanan dia.Memang kasihan dengan wanita tu.Tapi jangan la kita menyokong seperti menggalakkan wanita tu berterusan ambil bantu tu.saya tengok tak banyak pemimpin kita ni yang bersuara dalam perkara.Mengaku diri sebagai pemimpin Islam tapi demi politik perkara ni macam mereka ni tidak tegas.
Kalau dulu orang yang murtad tidak menghebohkan diri mereka pada orang lain.saya ingat masa sekolah dulu ada satu cerita seorang pelajar TKC yang accident.Bila di buka tudung rupanya perempuan tu pakai rantai Salib.Sekarang ni saya tengok orang-orang yang murtad dah semakin teruk.Mereka bangga dengan menghina Islam.Siap buat group facebook lagi.Bila saya baca group Murtads in Malaysia and Singapore rasa geram tu memang ada.Tapi kita tak boleh melatah.Macam tu la bila orang Islam yang beramal dan mencari ilmu tanpa guru dan bimbingan.Mentafsir ayat Al-Quran dan hadis dengan menggunakan akal fikiran sendiri saje tanpa mempelajari apa maksud tersirat yang disampaikan dalam Al-Quran dan hadis.
p/s-sama-sama la kita berdoa semoga tiada antara keluarga kita termasuk dalam golongan murtad.Doa la kepada Allah supaya keimanan kita dikekalkan dan semakin kuat hingga ke akhir hayat..

No comments:

Post a Comment